Sunday, 30 April 2017

MACARONI KRISPI

Kudapan yg tak pernah bertahan lama...baru buat dah habes...krup krap tu yg buat ketagih😂 Senang jer nak buat MACARONI KRISPI ni. Rebus sekejap macaroni hingga separuh masak, toskan... pastu salut dg tepung gorengan (saya guna tepung serba guna Bestari pedas) kemudian goreng terendam api sederhana hingga garing (buih minyak hilang, macaroni berwarna keperangan). Klo ada serbuk cheese boleh tabur...lagi sedap




Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Eka Zahra

PAU KACANG MERAH

Gebu cam tukang buatkan...😅
"PAU KACANG MERAH"






Resepinya
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
Bhn B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3sdb shortening ( sy guna butter..xde stok shortening 😁 )
2 sdb susu pekat manis
1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian. .. .peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. . dlm kereta. . bawah cahaya matahari..nk peram dlm umah pun xde hal) Uli semula...bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti kacang merah dan lapik dgn daun pisang atau kertas..dah siap masukkan inti dalam semua doh.
.peram lagi 18minit-20minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15minit jer)
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar. .
Tips = setiap doh 40gram
Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
SILAKAN SHARE. .

 Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Mariana Zainal

Kuih Wajik aka Nasi Manis

Kuih Wajik aka Nasi Manis

Loyang 9"x9"

Bahan-bahan:
500 gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cawan)
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
4-6 ulas durian (diambil isinya)
Sedikit kapur
Daun pisang
Air gula Melaka:
300 gm gula melaka (+ sedikit gula merah)
200 gm gula pasir
1 cawan air

Cara-cara:
Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair dan secubit garam.

Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. Jerangkan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian - bagi yg suka perisa durian.
Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat dan biarkan merenih dalam 1/2 jam menggunakan api yang kecil.
Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi dan gaul rata.
Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
Setelah agak kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang.
Sejukkan dan sedia dipotong untuk dihidangkan...
Kuih Wajik aka Nasi Manis
Oleh: Azie Kitchen
Loyang 9"x9"
Bahan-bahan:
500 gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cawan)
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
4-6 ulas durian (diambil isinya)
Sedikit kapur
Daun pisang
Air gula Melaka:
300 gm gula melaka (+ sedikit gula merah)
200 gm gula pasir
1 cawan air
Cara-cara:
Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair dan secubit garam.

Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. Jerangkan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian - bagi yg suka perisa durian.
Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat dan biarkan merenih dalam 1/2 jam menggunakan api yang kecil.
Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi dan gaul rata.
Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
Setelah agak kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang.

Sejukkan dan sedia dipotong untuk dihidangkan...













 
Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Hairul Nizam Ijam

Ikan Celup Tepung

Ni akk upload seken round...tp time bncuh tpung tu trlupa nk snap gmbo...

Ikang celup tpung akk style..


Sepeket tpung beras
2 biji telur ayam
3 sudu srbuk knyit
3 sudu bsr air kapur
Garam secukup rasa
Air ais - agak2 tpung tu x cair dn x pekat


# satukan tpung beras,srbuk knyit dn garam- gaul
bg sebati
# msukkn air ais tu ikut kpekatan yg sesuai
# msukkn telur dan air kapur - gaul sebati
# goreng minyak bnyk dgn api sedang2 je..
* guna air ais tpung tu lg rangup
* pastikan minyak betul2 panas bru tpung dia jadi
berkerak cantik



Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Ummi Hana

Monday, 1 February 2016

Rempeyek




Jom buat rempeyek...
Rempeyek
Bahan adunan
1paket tepung beras
1 biji telur
1 cwn santan
1 sudu mkn garam
1 sudu teh ajinamoto (jika suka)
2 sudu mkn air kapur
1 sudu mkn kari daging
Air secukup
Bahan kisar ☆
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
Segenggam ikan bilis
Setengah genggam udang kering
2 ulas bawang putih
☆semua ni kasi kisar halus yaa
Bahan sampingan
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis secukupnya
1) masukkan tepung beras, bahan kisar, kari, garam, ajinamoto dlm mangkuk besar.
2) kemudian masukkan santan dan telur dan kacau dengan senduk kayu jak, sambil2 tu bolehlah tuang air sikit2 hingga adunan tidak berketul dan agak cair.
3) masukkan pla air kapur.. dan kacau lagi rata2
4) panaskan minyak dan rendam acuan rempeyek dlm minyak hingga betul2 panas barulah tuangkan sesudu adunan atas acuan dan kemudian taburkan kacang dan ikan bilis atasnya dan rendam semula ke dlm minyak hingga ya keluar dr acuan..
5) gorenglah hingga ya masak sepenuhnya..
Selamat mencuba 😄😄
Nota cikittt :-
》klu ikut adunan ni bolehlah dpt dlm 200pcs rempeyek.
》klu adunan mendap/pekat, tambahkan lagi air atau santan yee..rasakan sekali, jika tawar letak lah garam dan perasa..
》memandangkan aku tak guna kacang goreng, maka sewaktu goreng kuih ni, pastikan kacang sentiasa menghadap kebawah ini kerana utk memastikan kacang dpt masak dgn sempurna.

Sumber: Julianah Hy

Sup Cendawan Cheese (Ala Pizza Hut)


Siap sup mushroom cheese! Mcm pizzahut tuuuu. Sedapnya cicah rotiii bun. Sapa nak resipii?? Simple sgtt
Resipinya :
1) Bawang besar 1 biji- cincang
2) Bawang putih 3biji-cincang
3) Mushroom tin(kalau amek yg mushroom hitam tu lagi lawa nampak sup) saya pakai mushroom putih je- 1/2mushroom cincang 1/2 lg potong nipis je
4) Cooking cream
5) Susu full cream
6) Majerin/ mentega
Cara2:
-masukkan majerin/ mentega cairkan jgn smpai pecah minyak
- masukkan bawang besar and bawang putih td
-masak sampai naik bau (jgn sampai garing pulak)
- masukkan susu
- masukkan cooking cream
- masukkan mushroom cincang
- gaul semua (sukatan susu dan cooking cream ikt citarasa masing2 nak byk kuah buh susu byk. Nak pekat buh cooking cream byk )
-kacau2 buh garam skit. Dah ckup rasa padam api.
- masukkan sup dlm blend and blend bagi hancur barang2 td semua yg kita tumis semua td tu. Kalau nak quarter hancur pn sodal tau!!
-masukkan blk dlm mangkuk bukak api kecik jeee. Masukkan mushroom yg potong nipis2 td kacau2 then letak cheese mozarella. Buh lada putih/ black peper sikit! Siappppp
Try laaaa kwn2 semua

Sumber: Raja Nur Atiqah
😍😘

Tapai Pulut



Ragi tapai 1biji 1kilo pulut



Tadi ade ternampak tanya pasal pantang larang buat tapai kan??
Alhamdulillah selain cheese tart gemok..antara yang laris tapai pulut fresh daun getah ni..order yang tak pernah putus..cuma penat je wehh nak arung pulut ni banyak2.pernah sampai demam urat.hahaha..
Antara masalah buat tapai ni pulut tu berbulu, jdi merah, ,berkulat atau tak masak2 kan..
Ok saya kasi resepi pantang larang dan tips buat tapai.
1)sebenarnya kemanisan tapai bergantung kepada jenis ragi tapai tu.ada yang jenis manis mcm gula, ade yang manis2 manja, ade yang manis lemak2..jadi nak tahu cuba buat sekilo dulu...yang PENTING Kenal pasti ragi tu.ade ragi sebijik utk 1kg pulut.ade yang 1biji 2kg pulut. Ade yang 1bji 1/2kg..sebab tu tapai ade yang tak masak2.ade yang jenis lodoh banyak air..hokey faham..kat bawah saya sertakan gambar ragi.jangan tertukar pulak dengan kuih bangkit kelapa/biskut telur.hihi
2) sila basuh pulut bersih sebersihnya..saya basuh pulut sahaja da 20 minit.biar sampai air jernih.biar kita rendam air tu xde buih2 di permukaan air.okey faham kan
3) lepas dah basuh bersih2 sila rendam beras pulut SEKURANG KURANGNYA 8JAM okey..8 jam..lebih takpe.tapi jangan kurang. .lebih pun paling lama 10 jam ye.
4)pastikan bekas yang digunakan takde sebarang minyak..buat tapai kene bersih.yess!! Kita buat bende lain pn kene bersihkan.hehe.tapi tapai ni manja minyak atau bende2 masin sikit pn xboleh.nanti tapai berkulat..sebaiknya asingkan bekas untuk kita buat tapai dengan kita masak harian.
5) panaskan air kukusan sebelum kukus 15minit atau betol2 menggelegak
6) masak pulut untuk pertama pastikan pulut masak dalam 1 jam.picit pulut tu.kalau berketul belum masak..then letak kan dalam besen besar ye gaul2 kan dengan AIR MASAK atau AIR MINERAL dalam 1 mug utk sekilo pulut.then kukus balik dalam 10 minit.
7) lepas pulut masak.biarkan dalam 2o minit.bagi suam sikit baru gaul dengan ragi yang dihancurkan.jangan biar pulut sejuk ya.nanti gaul ragi tak rata..tips org dulu gaul kan skali dengan gula hujung2 senduk.katanya utk bagi manis tu sedap.
8) pastikan ambik daun getah tu cuaca yg baik.jangan ambik daub getah lepas hujan.nanti tapai jadi merah.jangan bagi daun tapai kene air hujan atau bende2 masin..lap dengan kain bersih belakang depan.
9) cukup sorang je letakkan pulut dalam daun tapai tu ye.hehe.ramai2 nanti kan mcm2 air tangan keluar. .guna tangan. Sekiranya guna sudu elak guna sudu besi.
10) peram dalam periuk atau loyang besar . bungkus dengan kain..lagi baik tabur lada hitam atau abu bakar.ini untuk tapai cepat masak.sebab lada hitam dan abu bakar panas. simpan tempat tertutup. .nak cepat dalam bonet kereta pn ok.sebab panas kan dlm boneg kereta.hahah
11) jangan buka tutup te..biar je 2 malam..
SELAMAT MENCUBA.maaf ade kekurangan
.area Bera, Temerloh, sertin, Bahau boleh la order ye..tapi lepas 15hb.sebab tarikh hingga 15hb ferbruary da full.

Sumber: Norhaizatul Azia