Monday, 1 February 2016

Rempeyek




Jom buat rempeyek...
Rempeyek
Bahan adunan
1paket tepung beras
1 biji telur
1 cwn santan
1 sudu mkn garam
1 sudu teh ajinamoto (jika suka)
2 sudu mkn air kapur
1 sudu mkn kari daging
Air secukup
Bahan kisar ☆
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
Segenggam ikan bilis
Setengah genggam udang kering
2 ulas bawang putih
☆semua ni kasi kisar halus yaa
Bahan sampingan
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis secukupnya
1) masukkan tepung beras, bahan kisar, kari, garam, ajinamoto dlm mangkuk besar.
2) kemudian masukkan santan dan telur dan kacau dengan senduk kayu jak, sambil2 tu bolehlah tuang air sikit2 hingga adunan tidak berketul dan agak cair.
3) masukkan pla air kapur.. dan kacau lagi rata2
4) panaskan minyak dan rendam acuan rempeyek dlm minyak hingga betul2 panas barulah tuangkan sesudu adunan atas acuan dan kemudian taburkan kacang dan ikan bilis atasnya dan rendam semula ke dlm minyak hingga ya keluar dr acuan..
5) gorenglah hingga ya masak sepenuhnya..
Selamat mencuba 😄😄
Nota cikittt :-
》klu ikut adunan ni bolehlah dpt dlm 200pcs rempeyek.
》klu adunan mendap/pekat, tambahkan lagi air atau santan yee..rasakan sekali, jika tawar letak lah garam dan perasa..
》memandangkan aku tak guna kacang goreng, maka sewaktu goreng kuih ni, pastikan kacang sentiasa menghadap kebawah ini kerana utk memastikan kacang dpt masak dgn sempurna.

Sumber: Julianah Hy

Sup Cendawan Cheese (Ala Pizza Hut)


Siap sup mushroom cheese! Mcm pizzahut tuuuu. Sedapnya cicah rotiii bun. Sapa nak resipii?? Simple sgtt
Resipinya :
1) Bawang besar 1 biji- cincang
2) Bawang putih 3biji-cincang
3) Mushroom tin(kalau amek yg mushroom hitam tu lagi lawa nampak sup) saya pakai mushroom putih je- 1/2mushroom cincang 1/2 lg potong nipis je
4) Cooking cream
5) Susu full cream
6) Majerin/ mentega
Cara2:
-masukkan majerin/ mentega cairkan jgn smpai pecah minyak
- masukkan bawang besar and bawang putih td
-masak sampai naik bau (jgn sampai garing pulak)
- masukkan susu
- masukkan cooking cream
- masukkan mushroom cincang
- gaul semua (sukatan susu dan cooking cream ikt citarasa masing2 nak byk kuah buh susu byk. Nak pekat buh cooking cream byk )
-kacau2 buh garam skit. Dah ckup rasa padam api.
- masukkan sup dlm blend and blend bagi hancur barang2 td semua yg kita tumis semua td tu. Kalau nak quarter hancur pn sodal tau!!
-masukkan blk dlm mangkuk bukak api kecik jeee. Masukkan mushroom yg potong nipis2 td kacau2 then letak cheese mozarella. Buh lada putih/ black peper sikit! Siappppp
Try laaaa kwn2 semua

Sumber: Raja Nur Atiqah
😍😘

Tapai Pulut



Ragi tapai 1biji 1kilo pulut



Tadi ade ternampak tanya pasal pantang larang buat tapai kan??
Alhamdulillah selain cheese tart gemok..antara yang laris tapai pulut fresh daun getah ni..order yang tak pernah putus..cuma penat je wehh nak arung pulut ni banyak2.pernah sampai demam urat.hahaha..
Antara masalah buat tapai ni pulut tu berbulu, jdi merah, ,berkulat atau tak masak2 kan..
Ok saya kasi resepi pantang larang dan tips buat tapai.
1)sebenarnya kemanisan tapai bergantung kepada jenis ragi tapai tu.ada yang jenis manis mcm gula, ade yang manis2 manja, ade yang manis lemak2..jadi nak tahu cuba buat sekilo dulu...yang PENTING Kenal pasti ragi tu.ade ragi sebijik utk 1kg pulut.ade yang 1biji 2kg pulut. Ade yang 1bji 1/2kg..sebab tu tapai ade yang tak masak2.ade yang jenis lodoh banyak air..hokey faham..kat bawah saya sertakan gambar ragi.jangan tertukar pulak dengan kuih bangkit kelapa/biskut telur.hihi
2) sila basuh pulut bersih sebersihnya..saya basuh pulut sahaja da 20 minit.biar sampai air jernih.biar kita rendam air tu xde buih2 di permukaan air.okey faham kan
3) lepas dah basuh bersih2 sila rendam beras pulut SEKURANG KURANGNYA 8JAM okey..8 jam..lebih takpe.tapi jangan kurang. .lebih pun paling lama 10 jam ye.
4)pastikan bekas yang digunakan takde sebarang minyak..buat tapai kene bersih.yess!! Kita buat bende lain pn kene bersihkan.hehe.tapi tapai ni manja minyak atau bende2 masin sikit pn xboleh.nanti tapai berkulat..sebaiknya asingkan bekas untuk kita buat tapai dengan kita masak harian.
5) panaskan air kukusan sebelum kukus 15minit atau betol2 menggelegak
6) masak pulut untuk pertama pastikan pulut masak dalam 1 jam.picit pulut tu.kalau berketul belum masak..then letak kan dalam besen besar ye gaul2 kan dengan AIR MASAK atau AIR MINERAL dalam 1 mug utk sekilo pulut.then kukus balik dalam 10 minit.
7) lepas pulut masak.biarkan dalam 2o minit.bagi suam sikit baru gaul dengan ragi yang dihancurkan.jangan biar pulut sejuk ya.nanti gaul ragi tak rata..tips org dulu gaul kan skali dengan gula hujung2 senduk.katanya utk bagi manis tu sedap.
8) pastikan ambik daun getah tu cuaca yg baik.jangan ambik daub getah lepas hujan.nanti tapai jadi merah.jangan bagi daun tapai kene air hujan atau bende2 masin..lap dengan kain bersih belakang depan.
9) cukup sorang je letakkan pulut dalam daun tapai tu ye.hehe.ramai2 nanti kan mcm2 air tangan keluar. .guna tangan. Sekiranya guna sudu elak guna sudu besi.
10) peram dalam periuk atau loyang besar . bungkus dengan kain..lagi baik tabur lada hitam atau abu bakar.ini untuk tapai cepat masak.sebab lada hitam dan abu bakar panas. simpan tempat tertutup. .nak cepat dalam bonet kereta pn ok.sebab panas kan dlm boneg kereta.hahah
11) jangan buka tutup te..biar je 2 malam..
SELAMAT MENCUBA.maaf ade kekurangan
.area Bera, Temerloh, sertin, Bahau boleh la order ye..tapi lepas 15hb.sebab tarikh hingga 15hb ferbruary da full.

Sumber: Norhaizatul Azia

Tiramisu

Tiramisu
Ini adalah antara desserts yg akk jual di vendor yg akk join. Sampaikan x menang tgn nk sediakan sbb mmg antara dessert yg mnjadi kegemaran ramai. Sbnrnya tiramisu ni adalah dessert yg paling senang utk kita sediakan. Tak perlu bakar, x perlu kukus...hanya bancuh susun dan hias tp rasanya yg sejuk nyaman bila masuk ke dlm mulut....heavennn!!
InshaAllah akk sharekan resepinya disini.
Bahan utama:
Kek swiss roll @ chiffon. Tak kisah perasa apa pun. Slalu saya gunakan mocha, choc, pandan & coffee.
Bancuhan 1 sudu besar nescafe dgn air panas
250g creamcheese
50g gula castor
1/2 cawan whipping cream
Bahan hiasan:
Buah-buahan ~ strawberry @ anggur @ kiwi @ peach.
Serbuk koko @ milo
Cara:
1. Pukul creamcheese + gula + whipping cream
2. Potong nipis kek (+-1cm)
3. Susun kek dlm bekas.
4. Siramkan sikit2 bancuhan nesc atas kek
5. Tuang adunan cheese atas kek dan ratakan.
6. Lapiskan lagi satu kek dan lakukan step 4 & 5 semula.
7. Taburkan serbuk koko @ milo gunakan penapis kopi.
8. Susun buah dan chill overnight...yummyy!!!
Cara utk dpt corak atas kek:
Guntingkan kertas a4 kecik2 dan pnjg2. Susun selang seli atas kek dan taburkan coco powder. Jgn gerak2kan kertas...dah siap tabur angkat kertas...siappp

Donut Ekspress

~ DONUT EXPRESS NANA RUZANNA ~
Bahan-bahan :
- 500gm tepung gandum
- 210ml air suam
- 2 sb marjerin
- 1 sk garam
- 3 sb susu pekat manis
- 2 sb gula
- 11gm mauripan
- sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)
- caster sugar (untuk salutan)

Cara penyediaan :
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam. kacau sampai gula larut baru masukkan mauripan. biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam mangkuk, ayakkan tepung dan garam, buat lubang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan dalam adunan dan uli kesemuanya hingga jadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, kalau tak lembut, masukkan air peti sejuk sikit-sikit dan uli lagi.
5. Roll doh dan tekap guna acuan atau bentuk yang berkenan di hati. acuan sy kecik je. boleh dapat dalam 75 biji. banyak kan
6. Dah buat sampai habis boleh goreng terus. tak payah perap-perap dah. kalau nak perap juga, tunggu la 5 minit. nak sedapkan hati. heee...
7. Guna api yang kecil dan pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan donut.
8. Dah angkat, golekkan donut dengan caster sugar. nak dip dalam melted chocolate pun boleh. ikut selera memasing.
9. Donut ni memang gebus, gabas, montok, debab dan InsyaAllah lembut sampai ke pagi esok. tak caya cer try. gerenti korang akan repeat buat lagi, lagi dan lagi. Me, I can eat this all day long without thinking much! enjoy 😋

Tip nana :
✔️ Ayak tepung untuk dapatkan hasil donut yang fluffy dan ringan. Istilah donut yang sedap bagi sy ialah donut yang lembut, light dan sekali makan mesti tangan takleh berent nak amek lagik. heee...
✔ ️Untuk elak donut serap minyak, masa goreng tu jangan diterbalikkan selalu.
✔️ Donut ni akan mengembang bila digoreng so jangan goreng sekali banyak.
✔ ️Kalau nak frozenkan donut, goreng kejap je untuk matikan yis.


Sumber: Nana Ruzanna

Puff Pisang

BANANA PUFF / PUFF PISANG
Assalamualaikum. lama tak share kat sini. Pagi tadi terkenang Banana Pie zaman makan McD dulu2..hihi. So petang ni, siap2kan banana puff untuk breakfast anak sebelum ke sekolah esok.
Bahan2:
-Puff pastry Kawan. senang dah siap.
-pisang 4 biji. utk 10 biji puff
-gula perang
-serbuk kayu manis. option sahaja.
-telur. sebagai eggwash sahaja.
Cara2: rujuk gambar sekali.
1.keluarkan puff dari peti ais. dilembutkan sedikit.
2.tabur serbuk kayu manis kalau suka. dan gula perang. takda gula perang. gula merah pun boleh. kalau nak tabur gula pasir jgn banyak2..nnt manis over dose.
3.potong pisang bulat2 dan letakkan atas puff spt dlm gambar.
4.tabur gula perang sedikt diatas pisang.
5.tutup puff dan kelim guna garfu.
6.siap masuk bekas. letak dalam peti beku.
7.esok pagi boleh bakar. sebelum bakar sapu telur/eggwash atas puff yg dah dilembutkan dulu dan bakar 200degree celcius. 15-20minit.
*tak suka banana boleh tukar dengan epal. potong slice juga. sodap. smile emoticon
*kalau tak jumpa puff pastry instant.. pakai pratha instant pun boleh. jadi je 

Sumber Resepi: https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/
smile emoticon

Ayam Goreng Pedas Korea



Ayam Goreng pedas korea
Bahan-bahan
8 ketul paha ayam atau bahagian lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh soda bicarbonate
1 biji telo
Cara Penyediaan :
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk lada hitam hingga rata. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat. Ketepikan.
3. Telur di pukul. Ketepikan.
4. Salutkan ayam satu persatu ke dalam campuran tepung dan celup ke dalam adunan telur hingga habis.
5. Salut ayam sekali lagi ke dalam campuran tepung hingga bersalut rata. Kemudian goreng hingga masak.
Sos pedas..
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar madu
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar bbq sos ( saya tambah)
Bijan secukupnya - di sangai
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar hingga garing. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, bbq sos gula dan garam, gaul rata.
Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul bersama sos hingga bersalut rata.
Masukkan ke dalam pingan dan tabur dengan bijan.

Sumber: Fara Alyaumairahzara 
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/