Ragi tapai 1biji 1kilo pulut
Tadi ade ternampak tanya pasal pantang larang buat tapai kan??
Alhamdulillah selain cheese tart gemok..antara yang laris tapai pulut fresh daun getah ni..order yang tak pernah putus..cuma penat je wehh nak arung pulut ni banyak2.pernah sampai demam urat.hahaha..
Antara masalah buat tapai ni pulut tu berbulu, jdi merah, ,berkulat atau tak masak2 kan..
Ok saya kasi resepi pantang larang dan tips buat tapai.
Antara masalah buat tapai ni pulut tu berbulu, jdi merah, ,berkulat atau tak masak2 kan..
Ok saya kasi resepi pantang larang dan tips buat tapai.
1)sebenarnya kemanisan tapai bergantung kepada jenis ragi tapai tu.ada yang jenis manis mcm gula, ade yang manis2 manja, ade yang manis lemak2..jadi nak tahu cuba buat sekilo dulu...yang PENTING Kenal pasti ragi tu.ade ragi sebijik utk 1kg pulut.ade yang 1biji 2kg pulut. Ade yang 1bji 1/2kg..sebab tu tapai ade yang tak masak2.ade yang jenis lodoh banyak air..hokey faham..kat bawah saya sertakan gambar ragi.jangan tertukar pulak dengan kuih bangkit kelapa/biskut telur.hihi
2) sila basuh pulut bersih sebersihnya..saya basuh pulut sahaja da 20 minit.biar sampai air jernih.biar kita rendam air tu xde buih2 di permukaan air.okey faham kan
3) lepas dah basuh bersih2 sila rendam beras pulut SEKURANG KURANGNYA 8JAM okey..8 jam..lebih takpe.tapi jangan kurang. .lebih pun paling lama 10 jam ye.
4)pastikan bekas yang digunakan takde sebarang minyak..buat tapai kene bersih.yess!! Kita buat bende lain pn kene bersihkan.hehe.tapi tapai ni manja minyak atau bende2 masin sikit pn xboleh.nanti tapai berkulat..sebaiknya asingkan bekas untuk kita buat tapai dengan kita masak harian.
5) panaskan air kukusan sebelum kukus 15minit atau betol2 menggelegak
6) masak pulut untuk pertama pastikan pulut masak dalam 1 jam.picit pulut tu.kalau berketul belum masak..then letak kan dalam besen besar ye gaul2 kan dengan AIR MASAK atau AIR MINERAL dalam 1 mug utk sekilo pulut.then kukus balik dalam 10 minit.
7) lepas pulut masak.biarkan dalam 2o minit.bagi suam sikit baru gaul dengan ragi yang dihancurkan.jangan biar pulut sejuk ya.nanti gaul ragi tak rata..tips org dulu gaul kan skali dengan gula hujung2 senduk.katanya utk bagi manis tu sedap.
8) pastikan ambik daun getah tu cuaca yg baik.jangan ambik daub getah lepas hujan.nanti tapai jadi merah.jangan bagi daun tapai kene air hujan atau bende2 masin..lap dengan kain bersih belakang depan.
9) cukup sorang je letakkan pulut dalam daun tapai tu ye.hehe.ramai2 nanti kan mcm2 air tangan keluar. .guna tangan. Sekiranya guna sudu elak guna sudu besi.
10) peram dalam periuk atau loyang besar . bungkus dengan kain..lagi baik tabur lada hitam atau abu bakar.ini untuk tapai cepat masak.sebab lada hitam dan abu bakar panas. simpan tempat tertutup. .nak cepat dalam bonet kereta pn ok.sebab panas kan dlm boneg kereta.hahah
11) jangan buka tutup te..biar je 2 malam..
SELAMAT MENCUBA.maaf ade kekurangan
.area Bera, Temerloh, sertin, Bahau boleh la order ye..tapi lepas 15hb.sebab tarikh hingga 15hb ferbruary da full.
Sumber: Norhaizatul Azia
No comments:
Post a Comment