Sunday, 30 April 2017

Carrot Cake/ Kek Lobak Merah

Carrot Cake. Gebu Gebas Gitu .Alhamdulillah Menjadi Dengan Jayanya. Sedap Sangat2 ,Manis Pun Cantik 😊😂


2 cawan tepung naik sendiri
250gram butter
2 cawan carrot
5 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan kacang walnut
(pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur satu persatu mixer hingga sebati. Masukkan carrot dan walnut. Kacau sebati. Masukkan tepung sikit demi sikit, kaup balikkan je sampai sebati.
(Bakar suhu 180•© selama 40-45 minit(ikut oven masing2).

Topping
250gram cream cheese
130gram butter
130gram gula icing
(Masukkan semua bahan, mixer sampai sebati)

Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Eyha Afdhal

Biskut Lumut

Ni bukan german cookies..ini biskut lumut resepi tradisi bonda sy..hehe bahan utama dia oat dgn kelapa kering..blh bayang tak harumnye bau dia?? Kegemaran mak2 kite biskut paling mudah nak handle,tak pecah,tak rapuh tp sedapppp!


.
Ok,ni sy sertakan resepinya sebagai sedekah jariah utk mak sy..doakan mak sy dipanjangkan umur,diberi kesihatan ya kawan2 MAHN
***bahan2;
1- oat 3 cawan
2- gula halus 1 cawan (sy pkai gula castor)
3- kelapa kering 2 1/2 cawan
4- tepung gandum 1 1/2 cawan
5- baking powder 1sdt
6- marjerin 1 1/2 cawan (sy pakai twincows)
7- kuning telur 2 biji (apa2 size)
8- esen vanilla 1sdt
9- pewarna hijau (sy letak 3 penutup dia utk dptkan kaler ala2 lumut)
.
***Caranya;
Bahan kering digaul sebati dgn pewarna hijau.lpstu masukkan kuning telur,esen vanilla dan marjerin.gaul rata smpai doh blh digentel bulat2.mmg doh akan nmpk mcm berderai,cuba ambik skit dan bulat2kan..klau tak blh dibulatkan,tmbh lg marjerin.
Bakar suhu 170° 20minit depends on oven masing2 ya smpai bawah biskut nmpk coklat garing tu dah masak lah tu.


Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Haslindawati Wahid

CUCUR JAWA

.Assalamualaikum..
..Pestime buat..alhamdulillah menjadi..
..Dan2 en.asben oder nak bwk bekal esok..hahaha

♡CUCUR JAWA MAKSU PIAH♡

(cara simple)

2cwn tpg gandum
1cwn tpg beras
1cwn gula putih
1/2cwn gula melaka
Air (maaf sya xda sukatan sebab td buat pakai agak2 jer)
Garam utk perasa
= Sebatikan semua bahan. Peram sekejap. Sya peram 10jam je. Mak sya buat peram semalaman. Dah siap untuk dituang dalam kuali.
=Selamat mencuba.

Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Fida Mustafar
 

Kek marble

Kek marble mudah,simple dan sedapp...
Sape nk resepi silakan share...

Bhn2:
1cwn marjerin(sy guna marjerin pelangi)
1cwn gula(sy blend bg halus)
4biji telor
1sudu esen vanila
2cwn tepung naik sendiri
Susu pekat 2 sudu besar
Pewarna(ikot suka)

Cara:
»marjerin + gula(pukul smpai kembang)
»masuk telor satu persatu(pukul perlahan)
»masuk esen vanila dan susu pekat
»last,masuk tepung sikit2(sebatikan)
»bahagi adunan kepada 2 @3 bekas dan masukkan pewarna
»sapu loyang dgn marjerin sikit kemudian tuang adunan selang seli sampai habis..
»last,guna lidi utk buat corak ats kek..
»bakar pd suhu 170℃ selama 45 minit atau sampai masak api ats bawah mengikut oven masing2...
**selamat mencuba**

Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Stoberi Cekelat

Roti Kosong / Donut



Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Fatimah Yahya

KARI DARAT DAGING TETEL / CINCANG

Lama x makan daging tetel ni. Susah nak carik skrg. Bila dah dapat teringin pulak buat kari tumis darat.. Makan dgn roti boleh nasi boleh tapi kali ni makan dgn ketupat pulut segera nona...Alhamdulillah. ..
KARI DARAT DAGING TETEL / CINCANG

 
1kg daging
4 biji kentang belah 4
2 helai daun pandan
1 keping asam gelugor
3 sudumakan rempah kari daging
Satukan kesemua nya dan rebus hingga empok

500g santan
3 batang daun kari
Blend: bawang besar , bawang putih dan halia
3 sudumakan rempah kari daging + cili blend
Rempah tumis: kayu manis, pelaga , cengkih dan lawang
Panaskan minyak dlm kuali lain
Tumis rempah hingga naik bau
Masukkan bahan blend dan kacau hingga garing.
Tuang bahan tumis kedlm daging tadi
Masukkan bahan2 lain
Tambah garam dan perasa
Kacau hingga pekat.
(Jika mau cair tambah air dan biar mendidih)

 Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Sabariah Bahasar

Bubur Lambok Ganu

 


Beras direndam dlm 15min
Kemudian diramas2 hancor beras tu dlm.bekas yg berisi air rendaman td masak atas api perlahan


Bhan B:
Pucuk paku merah
Daun kadok
Keledek (saya lupa beli so xltk)😝
Pucuk ulat bulu@leletup
5ekor Isi ikan kembong yg dh direbus dibuang tulang
Sebji kelapa ambil (Santan)
1sbt Lada hitam
2@3 labu bwgbesar
5-6ulas bwg ptih

Cara2:
Masak beras yg diramas td smpai jd bubor
Tumbok Ikan yg direbus td dgn bwg putih (asingkn tulang)
Tmbok.lada hitam
Blend bwang besar
Carik2kan daun2 tadi
Masok.kan kesemua bahan di dlm bbor yg dh dimasak td
Letakkan garam dn perasa

#ps: kalau nk sedap bila dh siap masak tu tapaukan sikit utk saya..kompem.lg sdp bbur tu😝



Sumber: FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), Siti Nurhanis Zulaikha